Selasa, 17 Februari 2009

Di mana Suara KeADILAN??

Selaku EXCO Angkatan Muda Keadilan Malaysia merangkap Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan Sabah amat mengecam sekeras-kerasnya tindakan KDN merampas akhbar SUARA KEADILAN baru-baru ini di seluruh negara dan tidak terkecuali di Sabah.

Apa yang ingin saya ketengahkan adalah kejam tindakan KDN yang mendapat arahan dari pihak tertentu bagi merampas akhbar SUARA KEADILAN yang tidak menginginkan rakyat mengetahui perkara sebenar mengenai isu-isu terkini terutama pergolakan politik negara masa kini.

Pihak kerajaan sengaja mahu rakyat tidak terpedaya dengan bahan-bahan yang ada di dalam akhbar SUARA KEADILAN walaupun perkara tersebut ternyata benar kerana ingin melindungi sesetengah pemimpin BN dan menutup isu-isu terkini agar rakyat tidak mengetahui. Ini Jelas suatu penzaliman BN terhadap rakyat yang iginkan rakyat menjadi Bodoh dan mengikut telunjuk BN yang bermaharajalela dengan rasuah dan penindasan.

SUARA KEADILAN yang mendapat permut lesen KDN pp14470/04/2009 dinafikan hak pengeluaran dengan rampasan akhbar tersebut. Ini menunjukkan Kerajaan BN takut dan tidak mahu rakyat mengetahui perkara sebenar, hanya ugutan menjadi mainan BN.

BN yang meguasai Media Arus Perdana tidak pernah puas dengan berita yang dikeluarkan bagi tujuan mengampu dan semua yang baik adalah BN yang buruk adalah pembangkang sehingga akhbar alternatif Pakaran Takyat ( Suara Keadilan ) dirampas.

Saya ini bertanya dan mencabar KDN, kenapa majalah-majalah berunsur lucah dan hiburan yang berleluasan tidak dirampas oleh KDN? yang ternyata memberi impak kerosakan akhlak dan moral masyarakat? Ini tidak lain tidak bukan kerana kepentingan pemimpin-pemimpin BN yang takut kehilangan kuasa.

Tidak hairan kalau kerajaan Pakatan Rakyat Perak dirampas oleh BN secara haram inikan pula suara keadilan. Apakah ini yang dinamakan negara DEMOKRASI? Kebebasan bersuara disekat? Hanya BN yang boleh? Jawapan sebenar adalah kerana BN sekarang takut dan gelisah dengan kuasa rakyat.

Tindakan KDN merampas SUARA KEADILAN di premis -permis perjualan juga dikatakan memberi ugutan kepada penjual -penjual agar tidak menjual akhbar suara keadilan. Saya meninjau premis -permis penjualan akhbar Suara Keadilan, mereka kata sudah kena rampas dan kena ugut jangan jual lagi..

Kepada pelanggan Suara Keadilan boleh berhubung terus kepada Saudara Annuar Ali di nombor telefon 0138560679...